Cari:
Li Keqiang Ditemui Perdana Menteri Perancis
2017-02-22 14:17:44 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Li Keqiang telah mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Perancis, Bernard Cazeneuve yang sedang melawat ke China petang semalam.

Li berkata, China dan Perancis sentiasa mengekalkan hubungan yang baik. China bersedia untuk bersama-sama dengan Perancis mengamalkan hubungan yang saling menghormati, menjalinkan kerjasama yang saling menguntungkan.

Selaku negara anggota tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), China dan Perancis mempunyai kepentingan dan tanggungjawab yang sama.

Oleh itu, kedua-dua negara perlu terus mengintensifkan komunikasi dan koordinasi antara satu sama lain, meningkatkan kerjasama dalam pelbagai bidang dan berganding bahu dalam menghadapi pelbagai cabaran memandangkan situasi politik dan ekonomi antarabangsa yang semakin rumit dan mudah berubah kini.

Bernard Cazeneuve pula berkata, pencapaian kerjasama tenaga nuklear awam kedua-dua negara amat memberangsangkan.

Peluang dan kerjasama dalam bidang pertanian semakin meluas. Menurut beliau, Eropah dan China mempunyai banyak kepentingan bersama. Perancis bersedia untuk mendorong perkembangan hubungan Eropah-China.

Selepas pertemuan tersebut, pemimpin kedua-dua negara bersama-sama menyaksikan penandatanganan dokumen kerjasama dalam bidang ekonomi, tenaga nuklear, sains dan teknologi serta pertukaran tenaga profesional.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China