Cari:
Korea Selatan Nafi Park Geun-hye Sedia Letak Jawatan
2017-02-24 14:27:58 CRI Cetak

Pegawai Pejabat Presiden Korea Selatan semalam menafikan kenyataan Presiden Park Geun-hye sedang mempertimbangkan cadangan untuk meletakkan jawatan sebelum keputusan kes dakwaan diumumkan bagi mengelak daripada dituduh.

Ada yang berpendapat, tindakan Park melepaskan jawatan dapat mengelakkan timbulnya kekacauan dalam negara akibat keputusan mahkamah perlembagaan.

Namun, ada juga yang menyebut, Park Geun-hye hanya mahu menjaga maruah dan mengakhiri pentadbiran tanpa dikenakan hukuman.

Keputusan kes dakwaan Presiden oleh Mahkamah Perlembagaan Korea Selatan ditangguhkan daripada 24 Februari kepada 27 Februari.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China