Cari:
11 Maut dalam Insiden Tembakan di Afghanistan
2017-03-01 13:48:37 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Sekurang-kurangnya 11 anggota polis terbunuh dalam insiden tembakan yang berlaku di wilayah Helmand, selatan Afghanistan.

Menurut sumber berita, insiden tembakan itu tercetus apabila seorang anggota polis yang mempunyai kaitan dengan kumpulan Taliban menembak 11 orang rakan sekerjanya yang sedang tidur di dalam kem pada malam Isnin lalu.

Penyerang berkenaan telah melarikan diri dengan memandu kereta dan membawa senjata.

Kumpulan Taliban mengaku bertanggungjawab atas serangan tersebut.

Pihak polis tempatan sedang memburu penyerang berkenaan.

 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China