Cari:
Sidang Kemuncak ECO ke-13 Berakhir
2017-03-03 15:12:32 CRI Cetak

Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Ekonomi (ECO) ke-13 berakhir di Islamabad, ibu negara Pakistan kelmarin.

Menurut akhbar Dawn Pakistan semalam, sidang kemuncak itu mengeluarkan Deklarasi Islamabad dan mencapai beberapa persepakatan tentang kerjasama ekonomi dan perdagangan.

Antara konsensus yang telah dicapai termasuklah mengalu-alukan Koridor Ekonomi China-Pakistan memainkan peranan penting dalam pembangunan serantau.

Oleh itu, ECO akan menggalakkan para anggotanya memperkasakan kerjasama dalam bidang infrastruktur seperti pembinaan lebuh raya dan landasan kereta api serta sumber tenaga dan perdagangan.

ECO turut menyasarkan jumlah perdagangan antara negara-negara anggotanya meningkat sekali ganda dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Periuk Besi Jadi Alat Muzik

• Padang Sesawi Saujana di Yili, Xinjiang
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China