Cari:
China Sumbang 33.2 Peratus Ekonomi Global
2017-03-03 11:46:00 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China mencecah RMB70 trilion pada tahun 2016.

Selain itu, China antara salah satu entiti ekonomi yang menyaksikan pertumbuhan paling pesat di dunia, dengan menyumbang 33.2 peratus kepada pertumbuhan ekonomi global.

Demikian dinyatakan jurucakap persidangan tahunan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC), Wang Guoqing semalam.

Menurut beliau, selain menyediakan pasaran yang berpotensi besar, China juga aktif bekerjasama dengan pelbagai negara dalam bidang ekonomi.

Ini termasuk inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) yang kini menarik penyertaan lebih 100 buah negara dan pertubuhan antarabangsa.

Inisiatif tersebut juga telah menyediakan pelaburan melebihi USD18 bilion, selain mewujudkan lebih 160 ribu peluang pekerjaan untuk pelbagai negara.

   

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China