Cari:
Kereta Tanpa Pemandu Bukan Hanya dalam Dunia Fantasi
2017-03-03 17:01:10 CRI Cetak

Adakah anda pernah membayangkan bahawa pada suatu hari kelak, kereta tidak menggunakan petrol atau elektrik, sebaliknya menggunakan tenaga formaldehid dan tanpa pemandu, bergerak di jalan-jalan raya?

Situasi tersebut bukan hanya ada dalam dunia fantasi, tetapi usul yang dikemukakan oleh anggota Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC), Li Shufu.

Sempena persidangan tahunan CPPCC, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Geely, Li Shufu telah berkongsi dua usul dengan warga media.

Kedua-dua usul itu ialah "mempromosikan kereta tenaga formaldehid, mengembangkan penggunaan tenaga alternatif formaldehid" dan "mengetatkan pemetaan bagi mengurangkan halangan teknologi pemanduan automatik".

Menurut Li Shufu, menggunakan formaldehid sebagai tenaga kereta, bukan sahaja selamat dan tidak berbahaya, malah bersih dan efisien.

Sekiranya kereta tenaga formaldehid boleh digunakan secara meluas, pasti dapat mengurangkan pelepasan asap ekzos.

Manakala dalam bidang pemanduan tanpa pemandu, mengurangkan halangan sistem ialah asas kemajuan teknologi berkenaan.

Li berkata, beliau telah dipilih sebagai anggota CPPCC selama tiga penggal, iaitu selama 15 tahun.

"Apabila usul saya dan anggota-anggota lain diterima dan boleh menggalakkan kemajuan masyarakat, perkara tersebut amat membanggakan." kata Li Shufu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China