Cari:
Rusia Bantu Tentera Syria Kuasai Semula Palmyra
2017-03-04 14:23:51 CRI Cetak

Ketua Turus Tentera Rusia, Sergei Rutskoy semalam di Moscow berkata, tentera udara dan penasihat tentera Rusia telah berkoordinasi dengan tentera Syria dan menyediakan banyak bantuan dalam usaha merampas semula kota purba Palmyra daripada kumpulan militan Negara Islam (IS).

Beliau berkata, serangan tentera kerajaan Syria terhadap Palmyra dan kawasan sekelilingnya berlangsung lebih kurang satu bulan.

Sepanjang tempoh itu, pesawat pejuang Rusia telah berulang-alik sebanyak 991 kali untuk memusnahkan 2,306 kubu IS dan kumpulan pengganas yang lain, di samping cuba untuk mengelak daripada berperang di kawasan berhampiran tapak tinggalan sejarah di Palmyra.

Pada ketika ini, skuad pemusnah bom sedang berusaha memusnahkan bom yang dipasang oleh IS.

Manakala, tentera Syria menuju ke timur untuk meneruskan usaha membasmi militan IS.

Kerja-kerja membaik pulih juga sedang giat dijalankan di kawasan yang telah dikuasai semula tentera kerajaan Syria.

  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China