Cari:
1.5 Juta Pekerja Asing Digaji Syrikat China di Luar Negara
2017-03-12 15:27:21 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Pelaburan China di luar negara boleh dikatakan amat baik pada keseluruhannya pada masa ini, namun begitu kerajaan patut memperhebat pemantauan mengikut undang-undang berkenaan terhadap segelintir syarikat yang melakukan pelaburan secara membuta.

Menteri Perdagangan China, Zhong Shan berkata demikian dalam satu sidang media semasa berlangsungnya persidangan ke-5 Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) ke-12 di Beijing pada 11 Mac lalu.

Zhong Shan juga menafikan khabar angin yang berpendapat pelaburan China di luar negara mungkin akan menjadi perlahan pada masa depan.

Zhong berkata, China sentiasa menggalakkan sektor korporat menjalankan pelaburan di luar negara dan keadaannya kelihatan amat cerah pada keseluruhannya.

Dianggarkan, jumlah penjualan syarikat China di luar negara mencecah USD 1.5 triolion (RM6.67 trilion) pada 2016, dan jumlah pembayaran cukai di luar negara mencatat USD 40 bilion (RM178 bilion). Seramai 1.5 juta orang pekerja asing digaji oleh syarikat China di luar negara pada ketika ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China