Cari:
Duta Belanda Dilarang Masuk Turki
2017-03-14 12:54:50 CRI Cetak

Timbalan Perdana Menteri Turki, Numan Kurtulmus mengumumkan sekatan terhadap Belanda malam semalam sebagai tindak balas kepada kerajaan negara itu kerana menghalang kemasukan pegawai Turki serta menyuraikan perhimpunan orang Turki di Belanda.

Menurut beliau, pelbagai langkah akan diambil, antaranya termasuklah menggantung semua rundingan politik peringkat tinggi dengan kerajaan Belanda, melarang pesawat yang membawa diplomat Belanda memasuki Turki, melarang Duta Besar Belanda memasuki Turki, dan lain-lain.

Pada 11 Mac lalu, kereta yang dinaiki Menteri Keluarga Turki, Fatma Betul Sayan Kaya, yang dalam perjalanan ke Konsulat Turki di Rotterdam, telah dihalang dan dihantar pulang ke sempadan Jerman oleh polis Belanda.

Pada hari yang sama, pesawat yang dinaiki Menteri Luar Turki, Mevlet Cavusoglu telah dilarang untuk mendarat di Belanda.

Menurut jadual, kedua-dua menteri Turki berkenaan mengadakan lawatan ke Belanda untuk menghadiri perhimpunan orang Turki, bagi menyeru mereka membuang undi dalam pungutan suara pemindaan perlembagaan yang akan diadakan di Turki bulan depan.

Jika rang pindaan Perlembagaan itu diluluskan, sistem politik Turki akan berubah daripada sistem parlimen kepada sistem presiden.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China