Cari:
Rusia: Turki Mahu Beli Sistem Peluru Berpandu S-400
2017-03-15 14:10:05 CRI Cetak

Turki ingin menggunakan pinjaman dari Rusia untuk membeli sistem peluru berpandu pertahanan udara S-400.

Demikian dinyatakan Ketua Pengarah Kumpulan Teknologi Nasional Rusia, Sergei Chemezov ketika diwawancara oleh wartawan semalam.

Menurut beliau, kementerian kewangan kedua-dua negara sedang mengadakan perbincangan, dan seterusnya menandatangani perjanjian berkenaan.

Menurut media Rusia, Menteri Luar Turki, Mevlut Çavusoglu telah menyuarakan keinginan untuk membeli sistem peluru berpandu pertahanan udara milik Rusia tersebut sebagai salah satu alternatif.

S-400 adalah antara sistem peluru berpandu berteknologi tinggi yang digunakan dalam pasukan tentera Rusia.

Sistem itu mampu menghalang atau memusnahkan sasaran di udara pada jarak 400 kilometer.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China