Cari:
Pilihan Raya Presiden Korea Selatan pada 9 Mei
2017-03-16 15:15:03 CRI Cetak

Perdana Menteri Korea Selatan yang juga pemangku Presiden negara itu, Hwang Kyo-ahn semalam mengumumkan pilihan raya Presiden negara itu akan diadakan pada 9 Mei nanti.

Ketika berucap pada mesyuarat kabinet sementara, Hwang berkata situasi di negara itu sekarang tidak membenarkan sebarang kecuaian dalam menghadapi krisis negara.

Beliau menambah, bagi memastikan pentadbiran negara dan proses pengundian dijalankan dengan adil, beliau sendiri tidak akan bertanding dalam pilihan raya Presiden kali ini. Sebelum ini, beliau dianggap sebagai calon dari sayap konservatif yang paling berpotensi.

Menurut kaji selidik, antara semua calon Presiden, mantan pemimpin Parti Minjoo, iaitu parti pembangkang terbesar, Moon Jae-in mendahului senarai calon yang lain dengan sokongan sebanyak 29.9 peratus. Manakala ketua provinsi Chungcheongnam-do, Ahn hee-jung yang berasal dari parti yang sama pula menduduki tempat kedua dengan sokongan 17 peratus.

Pelbagai parti dijangka akan memulakan proses penamaan calon masing-masing pada penghujung Mac atau awal April.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China