Cari:
China dan Arab Saudi Tingkatkan Perkongsian Kerjasama Strategik Komprehensif
2017-03-17 16:08:01 CRI Cetak

China dan Arab Saudi akan mengekalkan trend perkembangan baik hubungan bilateral, meningkatkan kerjasama pragmatik dalam pelbagai bidang, sekali gus mendorong perkongsian kerjasama strategik komprehensif antara kedua-dua negara.

Demikian hasil pertemuan antara Presiden China, Xi Jinping dengan Raja Arab Saudi, Salman bin Abdulaziz Al Saud di Beijing semalam.

Selain itu, sebanyak 14 dokumen kerjasama ekonomi dan perdagangan, sumber tenaga, kapasiti pengeluaran dan kebudayaan turut ditandatangani.

Presiden Xi Jinping dalam rundinga itu berkata, ketika berdepan dengan hal ehwal Asia Barat, semua pihak perlu berpegang teguh pada prinsip menghormati kedaulatan negara dan tidak campur tangan dalam urusan dalaman negara lain, menyelesaikan perselisihan pendapat menerusi dialog, meredakan ketegangan situasi serantau, mengoptimumkan peranan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), prihatin dengan kepentingan pertubuhan dan negara serantau serta menimbangkan keistimewaan sejarah, bangsa dan agama.

Raja Salman turut menyatakan hasrat untuk membangunkan B&R bagi meningkatkan perdagangan Timur dengan Barat dan memperkasakan interaksi antara pelbagai tamadun.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China