Cari:
AS Tambah Belanjawan Pertahanan
2017-03-17 11:30:03 CRI Cetak

White House Amerika Syarikat (AS) mengumumkan laporan belanjawan kerajaan bagi tahun fiskal 2018 pada hari Khamis lalu.

Menurut laporan berkenaan, belanjawan pertahanan negara akan ditingkatkan sebanyak USD54 bilion, manakala peruntukan untuk jabatan negara, jabatan perlindungan alam sekitar dan jabatan pertanian akan dikurangkan.

Ini merupakan belanjawan pertama selepas Donald Trump menjawat jawatan Presiden negara itu.

Laporan yang dikenali "AS diutamakan" itu memberikan penekanan kepada aspek keselamatan rakyat negara itu.

Kandungan utamanya ialah mengukuhkan kekuatan tentera AS, di samping mengurangkan defisit persekutuan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China