Cari:
AS akan Ambil Semua Pendekatan Bagi DPRK Lepaskan Program Nuklear
2017-03-18 14:46:26 CRI Cetak

Dasar "kompromi strategik" terhadap Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) telah menemui jalan buntu, Amerika Syarikat (AS) akan mempertimbangkan untuk mengambil semua pendekatan dari segi diplomatik, keselamatan dan ekonomi bagi memaksa negara itu melepaskan program nuklear. Demikian dinyatakan Setiausaha Negara AS, Rex Tillerson yang dalam rangka lawatan di Korea Selatan semalam.

Dalam sidang akhbar bersama Menteri Luar Korea Selatan, Yun Byung-se di Seoul semalam, Tillerson menyatakan bahawa DPRK perlu menyedari hanya hanya dengan melepaskan program pembangunan senjata nuklear dan peluru berpandu balistik, barulah dapat mewujudkan keselamatan politik dan kemakmuran ekonomi.

Beliau tidak mahu melihat konflik berlaku. Bagaiamanapun, jika DPRK mengancam keselamatan Korea Selatan atau tentera AS yang ditempatkan di negara itu, pihaknya akan mengambil tindakan balas.

Yun Byung-se pula menyatakan, sasaran konsisten Korea Selatan dan AS ialah Korea Utara melepaskan program nuklear secara menyeluruh, boleh diperiksa dan tidak dapat diulangi berdasarkan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Mengenai isu sistem Pertahanan Kawasan Terminal Altitud Tinggi (THAAD), beliau menegaskan bahawa kerajaan penggal baharu perlu mengawal konsistensi dasar diplomatik dan keselamatan negara itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China