Cari:
Proses Brexit Bermula 29 Mac
2017-03-21 16:06:48 CRI Cetak

Perdana Menteri Britain, Theresa May bakal menguatkuasakan Artikel 50, Perjanjian Lisbon Kesatuan Eropah (EU) pada 29 Mac ini, bagi menandakan permulaan perbincangan proses Britain keluar daripada EU atau Brexit.

Jurucakap kerajaan Britain semalam memaklumkan bahawa May akan menulis sepucuk surat kepada 27 anggota EU bagi mengumumkan pengunduran negara itu daripada blok berkenaan dan menanti-nantikan rundingan dengan EU secepat mungkin.

Menurut undang-undang EU, selepas Britain memulakan proses Brexit, negara itu harus menyelesaikan rundingan dengan 27 anggota EU yang lain sebelum awal tahun 2019.

Sekiranya ingin melanjutkan rundingan, Britain mesti mendapat persetujuan semua anggota EU.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China