Cari:
Keputusan UNSC Selaras dengan Konsensus Antarabangsa
2017-03-21 16:09:45 CRI Cetak

Pemaktuban julung-julung kalinya gagasan "Komuniti Berkongsi Nasib Sesama Insan" dalam resolusi Majlis Keselamatan PBB (UNSC) jelas mencerminkan konsensus bersama masyarakat antarabangsa.

Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying dalam sidang media di Beijng semalam.

Resolusi 2344 mengenai isu Afghanistan telah diluluskan pada 17 Mac lalu.

Resolusi itu menyeru masyarakat antarabangsa agar membina konsensus dalam membantu negara berkenaan, di samping meningkatkan kerjasama ekonomi serantau melalui pelbagai program, termasuk inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R).

Hua Chunying berkata, China bersedia untuk berganding bahu dengan anggota-anggota PBB lain untuk bersama-sama membina komuniti berkongsi nasib sesama insan yang harmoni, makmur dan terbuka.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China