Cari:
UNDP Prihatin terhadap Golongan Terpinggir
2017-03-22 11:55:34 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) telah mengeluarkan Laporan Pembangunan Manusia 2016 pada 21 Mac lalu.

Laporan tersebut menunjukkan bahawa golongan-golongan tertentu yang masih terpinggir di dunia perlu diberikan keutamaan dalam usaha pembangunan global.

Laporan itu turut menyebut, dunia perlu mementingkan keperluan golongan tersebut dan menghapuskan pelbagai rintangan bagi memastikan hasil pembangunan mampan dapat dinikmati oleh setiap orang.

Menurut laporan tersebut, hampir setiap negara mempunyai golongan yang kurang bernasib baik.

Oleh itu, negara-negara berkenaan perlu menangani cabaran yang berkaitan dengan masalah kemiskinan dan isu sosial dalam kalangan rakyat mereka.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China