Cari:
Suspek Serangan London Dikenal Pasti
2017-03-24 15:52:04 CRI Cetak

Identiti pengganas yang mati ditembak dalam serangan di luar bangunan parlimen Britain telah dikenal pasti oleh polis London.

Suspek yang dikenali Khalid Masood, 52, dilahirkan di Britain.

Jurucakap Polis Metropolitan London berkata, insiden bermula apabila Khalid Masood, yang memandu kereta dengan laju ketika melalui Jambatan Westminster, telah merempuh tiga orang awam sebelum menikam seorang anggota polis, Keith Palmer, 48, di pintu masuk bersebelahan bangunan Parlimen Britain.

Keempat-empat mangsa termasuk Palmer terbunuh dalam insiden itu, sebelum Masood ditembak oleh anggota polis yang ber­a­da di tempat kejadian.

Masood pernah dituduh atas pelbagai dakwaan, antaranya termasuklah memiliki senjata api secara haram, melanggar peraturan awam, dan lain-lain, namun tidak pernah didakwa berhubung kesalahan keganasan.

Pada ketika ini, sebanyak 29 mangsa sedang menerima rawatan di hospital.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China