Cari:
DPRK Tolak Sertai Rundingan Larangan Senjata Nuklear
2017-03-25 14:47:22 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) menolak untuk menyertai persidangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu(PBB) berhubung rundingan perjanjian larangan senjata nuklear.

Jurucakap Kementerian Luar DPRK semalam berkata, persidangan berhubung rundingan larangan senjata nuklear itu dijadual diadakan di ibu pejabat PBB pada penghujung bulan Mac dan pertengahan bulan Jun hingga awal Julai nanti. DPRK kini perlu meningkatkan kekuatan pertahanan bersifat defensif yang berteraskan senjata nuklear memandangkn AS memperkenalkan senjata strategik ke Semenanjung Korea dan mengadakan latihan ketenteraan bersama dengan Korea Selatan. Oleh yang demikian, DPRK memutuskan untuk tidak menghadiri persidangan PBB tersebut.

  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China