Cari:
Masyarakat Antarabangsa Digesa Lindungi Warisan Budaya di Kawasan Konflik
2017-03-25 13:08:35 CRI Cetak

Masyarakat antarabangsa perlu meningkatkan sokongan terhadap negara-negara di kawasan konflik dan memutuskan sepenuhnya saluran bagi penyeludupan warisan budaya kumpulan pengganas dalam usaha untuk melindungi warisan budaya yang terancam akibat perang.

Demikian dinyatakan oleh wakil tetap China ke PBB, Liu Jieyi semalam, selepas Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) dalam mesyuarat terbuka meluluskan Resolusi 2347 mengenai usaha mencegah pemusnahan dan penyeludupan warisan budaya oleh kumpulan pengganas dalam konflik bersenjata.

Liu menggesa negara-negara di kawasan konflik agar menggubal dasar perlindungan yang berkaitan, membina mekanisme amaran awal, menyertai rangka kerjasama antarabangsa berkenaan, dan menguatkan keupayaan bagi melindungi warisan budaya dalam konflik bersenjata.

Dalam pada itu, negara-negara terlibat perlu melaksanakan Resolusi 2347 dengan bersungguh-sungguh, memperkasakan kerjasama dalam perlindungan warisan budaya, di samping mewujudkan rangkaian perkongsian maklumat berhubung usaha memerangi kegiatan kumpulan pengganas yang merosakkan dan menyeludup warisan budaya.

Tambah Liu, China giat menyokong dan menyertai kerjasama antarabangsa dalam perlindungan warisan budaya terancam.

China bersedia meneruskan kerjasama dengan masyarakat antarabangsa untuk membanteras kegiatan memusnahkan dan menyeludup warisan budaya oleh pihak-pihak yang berkonflik dan kumpulan pengganas.

  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China