Cari:
Feri Sewol Berjaya Diangkat Naik dari Laut
2017-03-26 16:56:19 CRI Cetak

Feri Sewol yang karam di Korea Selatan berjaya ditarik ke atas sebuah kapal angkat berat gergasi, petang semalam, satu langkah penting dalam usaha untuk membawa balik kapal tersebut ke pelabuhan di Pulau Jindo.

Operasi menyelamat feri tersebut dijalankan oleh Biro Salvaj Shanghai, China. Sudah 590 hari selepas biro tersebut melaksanakan tugas tersebut, yang bermula pada 12 Ogos 2015.

Operasi menyelamat feri Sewol diberi perhatian serius oleh media dan rakyat Korea Selatan. Mereka memuji kecekapan anggota penyelamat berkenaan dalam menjalankan tugas, di samping mengucapkan terima kasih atas bantuan yang disediakan Biro Salvaj Shanghai.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China