Cari:
PM China Tonton Pertandingan Bola Sepak Australia
2017-03-26 15:20:45 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Perdana Menteri China, Li Keqiang yang ditemani rakan sejawatnya dari Australia, Malcolm Turnbull menonton pertandingan bola sepak Australia di Sydney petang semalam.

Sebelum pertandingan itu bermula, perdana menteri kedua-dua negara telah berbual-bual dan berinteraksi dengan para pemain. PM Li dengan sukacitanya diberitahu bahawa terdapat pemain warga China yang berkhidmat di pasukan bola sepak Australia, dan memuji kehadiran pemain China membantu meningkatkan interaksi kesukanan antara kedua-dua negara.

Li berkata bahawa tamadun menjadi lebih gemilang kerana kepelbagaiannya. Pasukan bola sepak Australia dialu-alukan melawat China untuk menerajui interaksi dan kerjasama sosiobudaya, dan memperkasakan persahabatan China-Australia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China