Cari:
China dan New Zealand Komited Teroka Potensi Kerjasama
2017-03-27 17:14:20 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Li Keqiang mengadakan rundingan dengan rakan sejawatnya dari New Zealand, Bill English di Wellington pagi tadi.

Li dalam rundingan itu berkata, sejak terjalinnya hubungan diplomatik antara China dengan New Zealand sejak 45 tahun yang lalu, hubungan kedua-dua negara, yang berlandaskan prinsip kerjasama, saling menghormati dan sama rata, telah banyak membuahkan hasil.

Menurut beliau, China bersedia untuk terus meneroka potensi kerjasama dengan New Zealand, khususnya dalam usaha menaiktarafkan kawasan perdagangan bebas (FTA) dan menggalakkan kerjasama melalui penyepaduan strategik, inovasi dan industri pertanian.

Dalam pada itu, kedua-dua negara diharap dapat memanfaatkan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) untuk menyediakan lebih banyak peluang kepada syarikat kedua-dua negara.

Bill English pula berkata, New Zealand menghargai usaha kerajaan China dalam menstabilkan pertumbuhan ekonomi, di samping menyokong inisiatif "Jalur dan Laluan" yang dikemukakan China.

New Zealand komited untuk terus mengintensifkan kerjasama dalam pelbagai bidang dengan China, termasuk ekonomi, perdagangan, sains, penguatkuasaan, di samping mendorong interaksi sosiobudaya antara kedua-dua negara. 

  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China