Cari:
Lawatan PM China ke Australia Dapat Penghargaan
2017-03-27 14:23:16 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Li Keqiang baru sahaja mengakhiri lawatan rasmi selama lima hari di Australia.

Pelbagai hasil yang dicapai dalam tempoh lawatan itu mendapat penghargaan daripada pelbagai lapisan masyarakat di Australia.

Perdana Menteri Australia, Malcolm Turnbull menyifatkan lawatan Perdana Menteri Li itu amat signifikan bagi perkembangan hubungan Australia-China pada masa akan datang.

Beliau berkata, lawatan itu memberikan peluang kepada kedua-dua negara untuk mengimbas kembali kemajuan yang telah dicapai dalam hubungan dua hala sejak terjalinnya hubungan diplomatik pada 45 tahun yang lalu, di samping merancang prospek hubungan dua hala.

Perkongsian kerjasama strategik komprehensif Australia-China benar-benar memberikan manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.

Australia dan China komited untuk melaksanakan perjanjian perdagangan bebas (FTA) dan memperluas interaksi antara kerajaan, komuniti perniagaan dan rakyat.

Ketika menghadiri siri aktiviti dalam tempoh lawatan itu, Perdana Menteri Li telah kerap kali menegaskan komitmen pihak China untuk bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa dalam mendorong kebebasan perdagangan dan pelaburan dan membentuk ekonomi global yang bersifat terbuka.

Sarjana terkemuka Australia, Peter Drysdale dari Universiti Kebangsaan Australia berkata, dalam tempoh lawatan kali ini, Australia dan China telah sama-sama melahirkan komitmen untuk mewujudkan ekonomi global yang terbuka, di samping menentang amalan perlindungan perdagangan.

Pemimpin kedua-dua negara telah sekali lagi menegaskan hasrat untuk terus mengembangkan hubungan dua hala.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China