Cari:
19 Juta Penduduk Yaman Perlukan Bantuan Kemanusiaan
2017-03-27 16:00:58 CRI Cetak

Sebanyak 19 juta penduduk Yaman memerlukan bantuan kemanusiaan sejak konflik di negara itu kian meruncing kira-kira dua tahun yang lalu.

Angka tersebut menduduki dua pertiga daripada populasi negara itu.

Demikian dinyatakan Naib Setiausaha Agung PBB yang bertanggungjawab bagi hal ehwal kemanusiaan, Stephen O'Brien semalam.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan bersempena dengan ulang tahun kedua perikatan tentera asing melancarkan serangan terhadap kumpulan militan Houthi, Stephen O'Brien berkata, serangan pengeboman dan bedilan meriam telah menyebabkan ribuan orang awam yang tidak berdosa terkorban dan cedera.

Selain itu, konflik turut menjejaskan ekonomi Yaman, manakala 3 juta penduduk kehilangan tempat tinggal dan 7 juta orang lagi menghadapi masalah kekurangan makanan.

Beliau menyeru masyarakat antarabangsa memberikan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Yaman, di samping menggesa pelbagai pihak yang berkonflik memberikan akses kepada misi penghantaran bantuan kemanusiaan.  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China