Cari:
China, New Zealand Perkasa Kerjasama Inovasi Bilateral
2017-03-29 15:09:27 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Li Keqiang dan rakan sejawatnya dari New Zealand, Bill English melawat ke pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) Syarikat Haier-Fisher & Paykel semalam waktu tempatan.

Fisher & Paykel merupakan jenama peralatan elektrik tempatan yang terbesar di New Zealand.

Kumpulan Haier China dan Fisher & Paykel bersama-sama menubuhkan pusat tersebut pada Ogos 2014.

Dalam tempoh lebih dua tahun yang lalu, kedua-dua syarikat telah menghasilkan beberapa peralatan elektrik bertaraf dunia.

Menurut Li, inovasi merupakan daya penggerak utama dalam menerajui pembangunan.

China dan New Zealand bukan sahaja dapat melaksanakan kerjasama dua hala, malah bersama-sama memperluas pasaran pihak ketiga yang saling menguntungkan dan menang-menang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China