Cari:
Trump Tandatangani Perintah Eksekutif "Kemerdekaan Sumber Tenaga"
2017-03-29 15:13:10 CRI Cetak

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menandatangani perintah eksekutif "kemerdekaan sumber tenaga" semalam waktu tempatan yang bertujuan untuk memansuhkan dasar perubahan iklim kerajaan Obama.

Dengan bersaksikan lebih 20 pelombong batu arang dan beberapa pegawai kerajaan, Trump telah menandatangani perintah eksekutif itu di Jabatan Perlindungan Alam Sekitar AS, dan menegaskan akan "menamatkan perang batu arang" yang dilancarkan oleh kerajaan Obama.

Menurut beliau, tindakan tersebut juga merupakan "permulaan era baharu dalam pengeluaran tenaga AS", di samping akan mengurangkan sekatan terhadap pengeluaran sumber tenaga, menghapuskan campur tangan kerajaan dan membatalkan peraturan mengenai pemberhentian pekerja.

Perintah eksekutif itu turut menyebut, kerajaan Trump akan mula menilai dan mengubah suai Rancangan Tenaga Bersih yang dikeluarkan oleh kerajaan Obama pada tahun 2015.

Rancangan itu merupakan perkara utama dalam dasar perubahan iklim Obama, bertujuan untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau loji jana kuasa elektrik AS.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China