Cari:
Rusia Bantah Tindakan Burukkan Situasi di Semenanjung Korea
2017-03-29 11:48:52 CRI Cetak

Moscow membantah tindakan Amerika Syarikat (AS) menempatkan sistem Pertahanan Kawasan Terminal Altitud Tinggi (THAAD) di Korea Selatan serta tindakan Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) melancarkan ujian peluru berpandu balistik dan ujian nuklear.

Demikian dinyatakan Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov.

Menurut laporan Rossiya Segodnya, Lavrov menyatakan bahawa walaupun tujuan menempatkan THAAD di Korea Selatan adalah untuk menangani ancaman DPRK, namun sistem pertahanan tersebut telah menjadi ancaman kepada Rusia, selain mewujudkan pengaruh negatif terhadap keselamatan negara lain.

Rusia menentang tindakan AS yang berbahaya itu.

Selain itu, Lavrov turut menyatakan kebimbangan akan situasi di Semenanjung Korea dan kawasan sekitarnya pada ketika ini.

Tambah beliau, Rusia menentang aktiviti pelancaran DPRK, manakala menyokong resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) mengenai isu DPRK, mengutuk tindakan DPRK yang berbahaya itu serta menganjurkan sekatan terhadap DPRK sehingga DPRK menghentikan pelan pembangunan nuklearnya.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China