Cari:
Guterres Kecam Pembinaan Tempat Kediaman Orang Yahudi Baharu
2017-04-01 14:59:55 CRI Cetak

Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres menerusi jurucakapnya mengeluarkan satu kenyataan semalam untuk menyatakan kekecewaan dan kebimbangan terhadap kerajaan Israel memutuskan akan membina tempat kediaman orang Yahudi baharu di Tebing Barat sungai Jordan, dan mengutuk tindakan unilateral sebegitu.

Dalam kenyataan itu, Guterres mengecam semua tindakan sepihak yang mengancam keamanan dan menjejaskan "Cadangan Dua Negara".

Tegas beliau, pembinaan tempat kediaman seumpama itu dipercayai melanggarkan undang-undang antarabangsa, dan merupakan halangan untuk merealisasikan keamanan.

Kabinet Israel kelmarin meluluskan rancangan pembinaan tempat kediaman orang Yahudi baharu itu bertujuan untuk menerima penduduk yang berpindah dari tempat kediaman yang haram di Amona. Ini merupakan buat kali pertama bagi kerajaan Israel membuat keputusan sebegitu dalam tempoh 20 tahun yang lalu.

Isu tempat kediaman orang Yahudi sejak sekian lama merupakan salah satu halangan utama dalam menghalang rundingan damai Palestin-Israel.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China