Cari:
IMF Julung Kali Umumkan Laporan Rizab RMB sebagai Devisen
2017-04-01 13:55:35 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) buat julung-julung kalinya mengumumkan satu laporan berhubung rizab Renminbi (RMB) sebagai devisen di seluruh dunia pada 31 Mac lalu.

Menurut anggaran suku Komposisi Mata Wang Rizab Pertukaran Asing Rasmi (COFER) yang dikeluarkan oleh IMF pada hari itu, jumlah rizab RMB sebagai devisen dianggarkan mencatat USD84.51 bilion (kira-kira RM373.87 bilion) setakat suku keempat 2016, iaitu menduduki 1.07% daripada aset rizab devisen negara anggota yang terlibat dalam laporan COFER.

IMF menyenaraikan aset RMB secara tersendiri dalam tinjauan suku bagi COFER bermula pada Oktober 2016.

Sebelum ini, IMF pernah menyatakan bahawa tindakan demikian mencerminkan usaha China ke arah mengantarabangsakan mata wangnya, iaitu RMB, di samping menyempurnakan data statistik rizab RMB sebagai devisen.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China