Cari:
Diharap Hasil Siasatan Kes Tembakan Mati Warga China Adil dan Rasional
2017-04-02 14:47:38 CRI Cetak

Duta Besar China ke Perancis, Zhai Jun menyatakan bahawa beliau berharap pihak Perancis mencapai hasil siasatan yang adil dan rasional terhadap kes mengenai warga China yang bernama Liu Shaoyao ditembak mati di rumahnya oleh polis serta memberikan penjelasan kepada keluarga mangsa.

Ketika diwawancara oleh media China di Balai Polis Paris semalam, Duta Besar Zhai Jun berkata, beliau berharap hal tersebut tidak menjejaskan kehidupan orang Cina dan perantau China di Perancis, dan juga berharap terdapat ramai pelancong China ke Perancis pada masa akan datang serta hubungan China-Perancis terus berkembang dengan baik.

Pada sebelah pagi semalam, Zhai Jun bersama-sama dengan pihak polis Paris dan wakil orang Cina dan perantau China di Perancis bertukar-tukar pendapat mengenai kes tersebut serta usaha meningkatkan jaminan keselamatan orang Cina dan perantau China serta pelancong China di Paris. Zhai Jun yakin akan sikap ikhlas yang ditunjukkan pihak Polis dalam menyiasat kes tersebut, dan memuji langkah-langkah yang diambil pihak Perancis terutamanya Biro Polis Paris dalam memperbaiki keselamatan masyarakat.

Zhai Jun turut menyampaikan rasa simpati kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam tragedi tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China