Cari:
Letupan Bom di St. Petersburg, 11 Maut dan 45 Cedera
2017-04-04 11:18:04 CRI Cetak

Sebanyak 11 orang terbunuh manakala 45 lagi cedera dalam kejadian letupan di kereta api bawah tanah di St. Petersburg, Rusia semalam. Demikian maklumat terkini yang diumumkan oleh Jawatankuasa Antikeganasan Kebangsaan Rusia.

Syarikat Kerata api Bawah Tanah St. Petersburg malam semalam memberitahu media, kini, kereta api bawah tanah di bandar itu telah pulih beroperasi, selain dua stesen yang dilanda letupan iaitu stesen Sennaya Ploshchad dan stesen Institut Teknologi yang masih ditutup.

Selain itu, Jabatan Peguam Negara Rusia telah menyifatkan insiden letupan tersebut sebagai serangan keganasan.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres dan Majlis Keselamatan PBB masing-masing mengeluarkan kenyatakan mengutuk keras serangan tersebut.

Presiden Rusia, Vladimir Putin meletakkan bunga dan menyampaikan rasa dukacita kepada mangsa korban di stesen Institut Teknologi.

Berdasarkan laporan agensi berita ITAR-TASS Rusia, suspek yang melaksanakan serangan keganasan di stesen kereta api bawah tanah St. Petersburg adalah dari Asia Tengah dan berkaitan dengan ekstremis dari Syria.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China