Cari:
Pengutan Suara Pemindaan Perlembagaan Turki Bakal Diadakan
2017-04-04 13:33:15 CRI Cetak

Berpuluh-puluh ribu penyokong pembaharuan sistem presiden Turki berhimpun di pusat bandar Ankara, ibu kota Turki pada petang 2 April lalu untuk menyatakan sokongan mereka terhadap pungutan suara pemindaan perlembagaan yang bakal diadakan pada 16 April.

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan dalam perhimpunan tersebut menyatakan sistem presiden bermanfaat bagi membina suasana politik yang stabil dan mendorong pembangunan ekonomi Turki. Beliau menyeru rakyat agar membuang undi menyokong kepada sistem presiden.

Ketika menyebut tentang hubungan tegang antara Turki dengan Kesatuan Eropah (EU) baru-baru ini, Erdogan mengkritik EU bersikap negatif terhadap permohonan Turki untuk menganggotai EU.

Pungutan suara akan didakan di Turki pada 16 April nanti. Sekiranya sistem presiden diluluskan, presiden akan diberikan lebih banyak kuasa.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China