Cari:
Latihan Bersama Antikapal Selam Pertama Korea Selatan, AS dan Jepun
2017-04-04 11:20:24 CRI Cetak

Kementerian Pertahanan Korea Selatan semalam mengumumkan bahawa Korea Selatan, Amerika Syarikat (AS) dan Jepun akan mengadakan latihan tentera antikapal selam kali pertama pada minggu ini.

Latihan ini akan dijalankan pada 3 hingga 5 April di kawasan perairan antara Korea Selatan dengan Jepun, di sekitar kepulauan Jeju. Latihan ini bertujuan untuk meningkatkan kemampuan ketiga-tiga negara tersebut dalam mengesan, mengenalpasti dan mengekori kapal selam bagi menangani ancanam kapal selam Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK).

Kapal pembinasa peluru berpandu Kang Gam Chan dan sebuah helikopter Lynx dari tentera Korea Selatan, kapal pembinasa USS McCampbell, helikopter antikapal selam MH-60 dan sebuah pesawat rondaan di atas laut P-3 dari tentera AS, kapal pembinasa Sawagiri dan sebuah helikopter antikapal selam dari Pasukan Pertahanan Diri Jepun akan terlibat dalam latihan kali ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China