Cari:
Tentera Syria Nafi Guna Gas Toksik
2017-04-05 11:44:31 CRI Cetak

Pihak tentera Syria menolak laporan yang mendakwa pihaknya menggunakan gas toksik dalam serangan udara di provinsi Idleb, barat laut negara itu yang kini dikawal kumpulan bersenjata antikerajaan.

Seorang pegawai tentera Syria yang enggan namanya didedahkan menyatakan bahawa tentera Syria tidak pernah menggunakan gas toksik dan tidak akan menggunakannya pada masa depan.

Yang menyebabkan kejadian ini mungkin gudang senjata kimia kumpulan bersenjata antikerajaan di kawasan tersebut diserang dalam pengeboman itu.

Pertubuhan Pemantau Hak Asasi Manusia ke Syria yang beribu pejabat di London berkata, sebuah pekan di selatan provinsi Idleb dilanda serangan udara. Pesawat perang menggunakan gas toksik dalam serangan udara itu yang mengakibatkan sekurang-kurangnya 58 orang terbunuh dan sejumlah besar lagi cedera.

Namun pertubuhan itu tidak menyebut pesawat perang itu dari pihak mana.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China