Cari:
Korea Selatan: DPRK Lancarkan Peluru Berpandu
2017-04-05 12:42:21 CRI Cetak

Pihak tentera Korea Selatan menyatakan bahawa Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) telah melancarkan sesuatu yang disyaki peluru berpandu balistik ke kawasan timur Semenanjung Korea pagi tadi.

Agensi Berita Yonhap Korea Selatan memetik sumber dari pihak tentera negara itu berkata, peluru itu dilancarkan di Hamgyong-do

Selatan pada pukul 6.40 pagi tadi. Jarak penerbangannya 60 kilometer. Kini tentera sedang mengadakan analisis lanjut.

Ketua Jabatan Keselamatan Negara Cheongwadae, Kim Kwan-jin telah memanggil mesyuarat tergempar untuk membincangkan tindak balas berkenaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China