Cari:
Sidang Kemuncak Ekonomi Eurasia Seru Integrasi Ekonomi Serantau
2017-04-06 13:49:24 CRI Cetak

Sidang Kemuncak Ekonomi Eurasia yang dirasmikan di Istanbul, Turki semalam menyeru menggalakkan perdagangan bebas dan integrasi ekonomi serantau.

Pengerusi Dewan Perniagaan Istanbul, Ibrahim Caglar dalam sidang itu menyatakan bahawa memandang dari segi geopolitik, populasi, sumber tenaga dan perdagangan global, benua Eurasia memainkan peranan strategik dalam bidang politik dan ekonomi dunia.

Negara-negara di Eropah dan Asia patut mengoptimumkan sumber dan tenaga di rantau ini untuk menggalakkan integrasi ekonomi serantau.

Para peserta berkata, pelbagia projek transnasional yang diadakan dalam rangka inisiatif Jalur dan Lalua" (B&R) telah memainkan peranan penting dalam menggalakkan kerjasama ekonomi serantau dan global.

Pihak penganjur sidang kemuncak kali ini, pengerusi Tabung Marmara, Akkan Suver pula menggesa negara-negara yang terlibat supaya mementingkan pembangunan laluan laut. Menurut beliau, Turki memberi tumpuan kepada inisiatif B&R yang dianjurkan oleh China dan bersedia meningkatkan kerjasama dengan China.

Tokoh politik, sarjana dan wakil pertubuhan kalangan rakyat dari lebih 40 buah negara telah menyertai sidang kemuncak selama dua hari itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China