Cari:
ADB: KDNK Asia Pasifik Meningkat 5.7%
2017-04-07 13:07:48 CRI Cetak

Bank Pembangunan Asia (ADB) mengeluarkan Laporan Prospek Pembangunan Asia 2017 semalam, yang meramalkan kadar peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) di rantau Asia Pasifik akan mencatat 5.7% pada tahun 2017 dan 2018, iaitu lebih rendah berbanding 5.8% pada tahun 2016.

Menurut laporan itu, dua pertiga negara membangun di Asia akan mengekalkan pertumbuhan yang pesat berikutan permintaan luar yang bertambah, kenaikan semula harga komoditi pukal di dunia, dan pembaharuan dalam negeri. Asia tetap merupakan penyumbang terbesar bagi pertumbuhan ekonomi global.

ADB juga mengunjurkan kadar pertumbuhan di Amerika Syarikat (AS), kawasan Euro dan Jepun pada 1.9% pada tahun ini dan tahun depan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China