Cari:
IMF: Kadar Faedah yang Rendah Beri Kesan Mendalam kepada Institusi Kewangan
2017-04-08 14:51:09 CRI Cetak

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) mengeluarkan laporan yang menunjukkan bahawa sekiranya kadar faedah dan kadar pertumbuhan ekonomi di beberapa entiti ekonomi utama kekal pada tahap yang rendah untuk jangka masa yang panjang, maka ia akan memberikan kesan yang mendalam kepada model perniagaan institusi kewangan dunia, iaitu menjejaskan keupayaan untuk memperoleh keuntungan.

Menurut laporan itu, bank kecil mungkin akan diambilalih malah mengalami bankrap. Bank besar mungkin meneroka pasaran di entiti ekonomi baharu untuk meningkatkan keuntungan. Syarikat insurans dan badan pencen mungkin terpaksa melakukan pembiayaan lain atau menawarkan produk baharu yang sesuai dengan kadar faedah yang rendah.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China