Cari:
30 Cedera dalam Konflik di Turki
2017-04-09 14:15:00 CRI Cetak

Konflik berlaku antara penduduk bandar Izmir, barat Turki dengan pelarian Syria, menyebabkan 30 orang cedera.

Menurut laporanakhabar Hürriyet Turki, kira-kira 300 orang penduduk bandar Izmir telah menyerang pelarian Syria yang tinggal di kawasan tersebut selepas dimaklumkan seorang kanak-kanak Turki dipukul oleh orang Syria. Setelah konflik itu berakhir, lebih kurang 500 orang pelarian Syria terpaksa meninggalkan tempat tinggal sementara itu.

Seorang pegawai kerajaan tempatan berkata, sejak kedatangan pelarian Syria, konflik seumpama itu sering berlaku. Beliau mencadangkan pihak berkuasa supaya menempatkan pelarian Syria itu di khemah pelarian.

Menurut statistik, Turki telah menerima lebih tiga juta pelarian Syria. Kebanyakan mereka tinggal bertaburan di pelbagai tempat di Turki, manakala hanya sebahagian kecil pelarian itu tinggal di khemah pelarian.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China