Cari:
Kerjasama Ekonomi China-AS Tetap Berpotensi
2017-04-10 14:58:42 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping telah mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari AS, Donald Trump di negeri Florida, AS baru-baru ini. Pemimpin kedua-dua negara dalam pertemuan itu bersetuju untuk terus memperkasakan kerjasama dalam bidang pelaburan dan perdagangan, di samping mengadakan perbincangan tentang kerjasama pragmatik dalam bidang sumber tenaga dan infrastruktur.

Sehubungan dengan itu, usahawan kedua-dua negara juga optimistik terhadap prospek hubungan perdagangan dan pelaburan China-AS, yang dianggap tetap berpotensi besar.

Menurut statistik, jumlah perdagangan antara China dengan AS mencecah USD519.6 bilion pada tahun 2016. Jumlah ekspot AS ke China mencapai peningkatan pada kadar tahunan purata 11% dalam tempoh 10 tahun yang lalu.

Setakat akhir tahun 2016, projek pelaburan oleh syarikat AS di China mencatat 67 ribu buah dengan modal keseluruhan hampir USD80 bilion.

Di samping itu, jumlah pelaburan China di AS juga meningkat dengan pesat. Syarikat China telah melabur dalam 1,360 buah projek di AS pada tahun lepas, yang melibatkan teknologi maklumat, pembuatan automotif, sumber tenaga, perubatan dan hiburan.

  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China