Cari:
Trump: China Bukan Negara Manipulasi Kadar Pertukaran
2017-04-13 15:49:02 CRI Cetak

Kerajaan Amerika Syarikat (AS) tidak akan menyenaraikan China sebagai "negara memanipulasikan kadar pertukaran" dalam laporan yang akan dikeluarkan pada minggu ini.

Demikian dinyatakan Presiden AS, Donald Trump dalam temu bual bersama The Wall Street Journal semalam.

Pada bulan Januari lalu, Setiausaha Perbendaharaan AS, Jacob J. Lew menyatakan bahawa langkah-langkah yang diambil kerajaan China untuk mempertahankan kadar pertukaran renminbi (RMB) dalam tempoh 18 bulan lalu menunjukkan China tidak mencari kelebihan perdagangan melalui penurunan nilai mata wang RMB.

Katanya, jika kerajaan Trump melihat langkah-langkah tersebut sebagai cara untuk memperoleh kelebihan perdagangan yang tidak adil, perbuatan ini pasti berbahaya.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China