Cari:
Pertumbuhan Perdagangan Global Dijangka 2.4%
2017-04-13 15:19:52 CRI Cetak

Jumlah perdagangan global dijangka meningkat pada kadar 2.4% pada tahun 2017.

Unjuran itu dibuat dalam pengumuman yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) semalam.

Menurut pengumuman tersebut, peningkatan perdagangan global dijangka mencatat antara 1.8% hingga 3.6% pada tahun ini akibat ketidaktentuan dalam bidang polisi.

Perdagangan di lingkungan sejagat hanya meningkat 1.3% pada tahun 2016, dan mencatat pertumbuhan yang paling rendah sejak berlakunya krisis kewangan pada tahun 2008.

Menurut Ketua Pengarah WTO, Roberto Azevedo, peningkatan perdagangan antarabangsa yang perlahan adalah disebabkan kelembapan ekonomi dunia dalam beberapa tahun lalu.

Tambah beliau, perdagangan mampu menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dunia sekiranya aliran barangan dan perkhidmatan rentas sempadan kekal lancar. Manakala, tindakan menyekat pengimportan oleh sesebuah negara yang berniat menjamin pengambilan pekerja negara sendiri, bakal menjejaskan perdagangan dan pemulihan ekonomi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China