Cari:
DPRK Adakan Perbarisan Tentera
2017-04-16 15:19:42 CRI Cetak

Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) mengadakan perbarisan tentera secara besar-besaran di Pyongyang semalam, sempena memperingati ulang tahun ke-105 kelahiran mendiang datuknya yang juga pengasas negara itu, Kim Il-sung.

Kelengkapan peluru berpandu yang canggih turut dipamerkan pada perbarisan itu buat pertama kali termasuk peluru berpandu pertahanan udara "Lightning" dan peluru berpandu balistik jarak sederhana "Polaris-2", yang masing-masing mampu mengena sasaran sejauh 100 kilometer dan 1,000 kilometer.

Kedua-dua peluru berpandu tersebut merupakan sejata yang paling canggih bagi DPRK.

Menurut laporan Televisyen Pusat DPRK, negara itu mempunyai keupayaan melancarkan serangan nuklear, dan sudah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang provokasi. Di bawah pimpinan Kim Il-sung, Kim Jong-il, dan Kim Jong-un, DPRK telah mempunyai daya pertahanan yang paling kuat di dunia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China