Cari:
Pindaan Perlembagaan Turki Menang dalam Pungutan Suara
2017-04-17 14:44:23 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Draf pindaan perlembagaan yang digerakkan oleh Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP), iaitu parti pemerintah Turki serta para penyokong AKP telah mendapat sokongan dalam pungutan suara yang telah diadakan pada 16 April lalu.

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan mengumumkan demikian ketika diwawancara media di Istanbul pada malam 16 April lalu.

Erdogan berkata, kem yang menyokong draf pindaan perlembagaan memperoleh 25 juta undi, dengan lebih 1.3 juta undi berbanding dengan kem pembangkang.

Beliau berkata, selepas draf pindaan perlembagaan disokong, undang-undang untuk memulihkan semula pelaksanaan hukuman mati akan dijadikan agenda utama untuk dibincangkan oleh pihak-pihak berkaitan.

Negaranya turut mengadakan pungutan suara berhubung dengan isu tersebut selepas perbincangan berkenaan.

Antara 18 fasal yang terlibat dalam pindaan perlembagaan kali ini, yang paling menimbulkan perselisihan termasuklah perubahan sistem pentadbiran kerajaan Turki, iaitu daripada sistem parlimen kepada sistem presiden.

Presiden akan diberi lebih banyak kuasa melalui pindaan perlembagaan kali ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China