Cari:
Pemulihan Ekonomi Global Semakin Stabil
2017-04-17 15:05:55 CRI Cetak

Selepas mengalami krisis kewangan, pemulihan ekonomi global semakin stabil dan menyeluruh.

Keadaan itu ditunjukkan melalui indeks yang dikeluarkan Brookings Institution dan Financial Times semalam.

Indeks pemulihan ekonomi global tersebut menunjukkan bahawa entiti ekonomi maju sedang berkembang mengikut pertumbuhan yang rasional, di samping berusaha mengurangkan tekanan deflasi.

Selain itu, entiti ekonomi baru muncul juga semakin baik, manakala kadar pertumbuhan sekarang telah mencapai prestasi tertinggi sejak tahun 2013.

Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Christine Lagarde baru-baru ini menyatakan bahawa trend perkembangan ekonomi dunia bertambah baik.

Pemulihan tersebut telah menambah peluang pekerjaan, selain meningkatkan pendapatan dan kemakmuran.

Namun, beliau juga menyatakan bahawa risiko kemerosotan masih wujud kerana adanya isu ketidaktentuan dalam politik, ancaman perlindungan perdagangan dan situasi kewangan sejagat yang ketat.

Beliau berharap semua negara dapat mengambil langkah yang berorientasikan pembaik struktur bagi menyokong pertumbuhan ekonomi, di samping meningkatkan inovasi dan pengeluaran.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China