Cari:
Rusia Beri Amaran kepada AS
2017-04-18 14:51:39 CRI Cetak

Rusia berharap agar Amerika Syarikat (AS) tidak mengambil tindakan sebelah pihak terhadap Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) seperti yang berlaku di Syria.

Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov berkata demikian ketika mengulas kenyataan Timbalan Presiden AS, Mike Pence yang menyatakan bahawa tempoh kesabaran yang menjadi dasar strategik negara itu sudah ber­akhir.

Tambah beliau, AS telah melancarkan sekatan yang agak ketat terhadap DPRK, malah Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) juga telah meluluskan resolusi yang cukup tegas, selain mengutuk sekeras-kerasnya tindakan DPRK berulang-ulang kali.

Lavrov juga menyifatkan tindakan AS itu sebagai amat berisiko.

Rusia tidak dapat menerima tindakan DPRK yang melanggar banyak resolusi UNSC dalam usaha membangunkan senjata nuklear dan melancarkan ujian peluru berpandu, namun perkara itu tidak bermakna AS boleh melanggar undang-undang antarabangsa dan Piagam PBB.

Sementara itu, Setiausaha Penerangan Presiden Rusia, Dmitri Peskov semalam menegaskan bahawa Rusia menyokong penyelarasan pelbagai pihak bagi menyelesaikan isu Semenanjung Korea berdasarkan rangka sedia ada.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China