Cari:
China Sedia Bantu Perluaskan Penggunaan SDR
2017-04-22 13:59:13 CRI Cetak

Naib Presiden Bank Rakyat China, Yi Gang menyatakan bahawa bank pusat China itu bersedia memainkan peranan dalam menggalakkan penggunaan Hak Pengeluaran Khas (SDR) Tabung Kewangan Antarabangsa IMF.

Dalam sebuah forum sempena sidang musim bunga IMF dan Bank Dunia 2017 diadakan semalam, Yi Gang menyatakan bahawa bank pusat dari negara lain yang sebagai pengedar mata wang asing yang dijadikan rizab antarabangsa, juga diharap memainkan peranan dalam bidang tersebut, misalnya mereka boleh bertukar rizab SDR negara itu dengan aset China dalam bentuk rizab mata wang asing.

Yi Gang berkata, sejak mata wang RMB dimasukkan dalam senarai mata wang SDR pada tahun 2016, penggunaan SDR kelihatan semakin banyak dalam bidang pengiraan harga, transaksi pasaran dan rizab antarabangsa.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China