Cari:
Kenyataan Bersama China-Australia Mengenai Dialog Keselamatan Peringkat Tinggi
2017-04-23 14:38:37 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Meng Jianzhu yang sedang dalam rangka lawatan rasmi ke Australia mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Australia, Malcolm Turnbull pada 21 April lalu.

Kedua-dua pihak bersetuju untuk melaksanakan mekanisma dialog keselamatan peringkat tinggi antara China dengan Australia.

Kenyataan Bersama Dialog Keselamatan Peringkat Tinggi China-Australia Kali Pertama turut dimeterai oleh kedua-dua pihak selepas pertemuan tersebut.

Kenyataan itu berkata, China dan Australia bersetuju untuk memperkasakan kerjasama dalam bidang kehakiman dan hal-ehwal undang-undang.

Australia menegaskan lagi bahawa negaranya komited untuk menggalakkan Perjanjian Ekstradisi China-Australia diratifikasikan.

Menurut kenyataan itu, China dan Australia akan terus memperhebat kerjasama penguatkuasaan undang-undang untuk membanteras jenayah pengedaran dadah, pendatang haram, pengubahan wang haram, dan penipuan pada masa depan.

Dialog Keselamatan Peringkat Tinggi China-Australia Kali Kedua akan diadakan di China pada tahun 2018.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China