Cari:
WB dan AIIB Tingkatkan Kerjasama
2017-04-24 11:42:23 CRI Cetak

Bank Dunia (WB) dan Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB) menandatangani satu memorandum bagi meningkatkan kerjasama pada masa depan di Washington semalam.

Dalam sebuah kenyataan, Bank Dunia berkata, memorandum ini akan menyediakan rangka kerjasama dalam bidang-bidang yang menjadi tumpuan kedua-dua pihak seperti penerokaan pembiayaan dan pertukaran tenaga insan.

Presiden Bank Dunia, Jim Yong Kim dalam kenyataan tersebut menyatakan bahawa Bank Dunia dan AIIB telah menjalinkan kerjasama yang rapat sejak operasinya AIIB. Beliau berkata, kerjasama antara agensi penerokaan pelbagai hala amat penting bagi menggerakkan sumber yang amat diperlukan, menarik penglibatan badan-badan swasta dan memenuhi keperluan pembangunan.

Presiden AIIB, Jin Liqun dalam kenyataan tersebut juga menyatakan bahawa memorandum ini selaras dengan konsep pengantarabangsaan yang baharu yang diamalkan oleh AIIB, ia telah mengintensifkan kerjasama AIIB dengan Bank Dunia. Beliau berkata, kedua-dua pihak dijangka akan mencapai lebih banyak hasil di rantau Asia melalui kerjasama ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China